TABIAT
DI KALANGAN KANAK -KANAK
tabiat
Dikalangan Kanak-kanak
bersama DR HAMID
ARSHAT-pakar sakit puan
Tabiat atau habit
kerap berubah dalam kehidupan seseorang
itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan
atau diubah. Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih merokok akan berasa
sukar untuk memberhantikan amalan itu.
Tabiat
yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat
makan yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal dan bersenam setiap
pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.
Kanak
-kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah.
Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada
juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.
Seorang
kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya mungkin tidak
menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak menghirau kan sangat
tabiatnya itu. Sebaliknya, seorang kanak -kanak lain yang mengamalkan tabiat
yang serupa mungkin akan mendapat teguran daripada ibu bapa dan
adik-beradiknya. Dia
mungkin juga ditengking, diejek, didenda atau dipukul. Ini sudah pasti akan menimbulkan
suasanan tegang dalam kehidupan seharian keluarga tersebut.
Asas
tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau rasa kurang
selesa. Kanak-kanak yang terlibat juga mungkin selama ini tidak mendapat
perhatian daripada ibu bapa dan orang dikelilingnya. Melalui amalan menghisap jari ini, dia
mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi tingkah
lakunya. Ini
menggembirakannya dan dia terus mengamalkan tabiat tersebut. Kemungkinan juga kanak-kanak yang
menghisap jari ini terikut-ikut tabiat kanak-kanak lain. Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan
dan akan hilang denagn sendiri tanpa terapi.
Satu lagi
contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak -kanak berusia tujuh
tahun yang berada di dalam darjah satu. Tabiat ini timbul akibat daripada rasa
kurang yakin pada diri sendiri dan rasa takut kepada gurunya. Menengking atau
memukulnya mungkin tidak akan memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang
yakin dan takut kanak -kanak itu perlu diketahui dan langkah sewajarnya diambil.
Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat diatasinya. Ada ibu bapa yang
terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka dan ada pula yang
mengambil sikap sambil lewa shaja. Tabiat -tabiat seperti mengeyit -ngeyit
mata, menghisap jari, menggeleng -geleng kepala dan mengorek lubang hidung
lazimnya tidak akan berterusan selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat
memberi perhatian kepada tabiat buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan.
Kanak -kanak yang sering diperingatkan mungkin akan terus mengamalkan tabiat
itu. Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi anak terhadap
perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas terbitnya sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja
akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan kekal dan menjadi
sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.
Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak -kanak
Tabiat
yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi
kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada
usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya
tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri.
Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering
dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering
mengatakan ' tak mahu '
atau menggeleng -gelengkan kepala.
Tabiat
ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak
mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya.
Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak
ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah.
Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang.
Tabiat panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu
mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya.
Kadangkala,
tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar dan sesuai
lagi bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima tahun yang menunjukkan
sikap panas baran. Jika kemahuannya tidak diturutkan, dia akan menjerit -jerit,
menendang -nendang dan memukul -mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya
sudah lebih matang perkembangan emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak
seharusnya membiarkan tabiat anak mereka berterusan sedemikian. Ada eloknya
mereka mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku
kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan kaedah
keibubapaan yang efektif dapat digunakan.
Satu
contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh berenggang
dengan ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah boleh ditingkalkan
dibawah jagaan pengasuh di pusat tadika. Jika dia masih bertabiat sedemikian,
ini akan merumitkan keadaan kelak terutamanya apabila dia mula memasuki alam
persekolahan. Kanak -kanak yang berusia 1 1/2 - 2 tahun lazimnya memang mahukan
ibunya sentiasa berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari kecil lagi
supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga tuhun.
Lain
-lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh menimbolkan
masalah kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit kuku, menjerit -jerit,
menarik -narik rambut, gagap, menipu, mencuri, berkelakuan ganas, suka
berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat -tabiat ini perlu difahami bagi
mengatasi masalah -masalah yang timbul dengan berkesan.
Tabiat tidur
Ada
sesetengah tabiat itu boleh terbentuk dari peringkat bayi lagi. Ini seringkali
tidak disedari oleh ibu bapa. Umpamanya, bayi berusia setahun yang dibawa oleh
ibunya berjumpa saya kerana dikatakan sering terjaga pada waktu malam untuk
menyusu. Lazimnya, seseorang bayi tidak lagi berjaga malam menjelang usianya
lapan bulan. Apabila disiasat dengan lebih mendalam, jelaslah bahawa bayi
tersebut secara tidak langsung telah dilatih oleh ibunya menyusu malam. Setiap
kali dia menangis malam ibunya akan memberinya susu botol.
Amalan
ini telah bermula sejak usianya dua bulan sehinggaakhirnya menjadi satu tabiat.
Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan bahawa bayi tersebut berada dalam
keadaan sihat. Saya menegaskan kepada si ibu supaya tidak memberikan anaknya
susu botol setiap kali si
anak terjaga pada malam hari. Sebaliknya, dia dinasihatkan agar menepuk -nepuk
badan anaknya untuk menidurkannya kembali. selang beberapa hari selepas itu,
ibu tersebut memberitahu saya bahawa bayinya mula tidur malam tanpa menyusu
botol lagi.
Jika bayi
menangis pada waktu malam, si ibu hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk
-nepuk badan atau membuai -buainya. dia perlu dilatih supaya mudah melelapkan
mata. Apa yang kadang kala dilakukan oleh ibu bapa apabila bayi menangis ialah
memasang lampu, menimang -nimag bayi sambil mendodoikannya, membawa dia
berjalan -jalan keluar bilik dan sebagainya untuk mententeramkannya. Ini sudah
tentu akan digemari oleh bayi dan akhirnya menangis diwaktu malam menjadi satu
tabiat.
Dalam
satu lagi kes, seorang ayah mengeluh bahawa anak lelakinya yang berusia lapan
tahun masih tidur malam bersama -samanya. Dia telah cuba menggalakkan anaknya
supaya tidur bersendirian tetapi gagal : si anak tetap akan kembali semula ke
bilik ibu bapanya. Sebenarnya, sejak diperingkat bayi lagi kanak -kanak itu
sering dibawa tidur bersama ibu bapanya setiap kali dia menangis. Dia pun
terlalu di manjakan sangat oleh ibunya. Apabila bapanya melarang dia tidur
bersama, dia akan menangis lalu si ibu akan memujuk dan menurutkan sahaja
kehendaknya.
Tabiat
tidur malam juga boleh dibentuk. contohnya, seorang bayi dikatakan hanya boleh
tidur apabila dibaringkan di hadapan peti televisyen yang terpasang. Setelah
dia lelap, barulah dia dipindahkan keatas tempat tidur. Seseorang kanak -kanak
yang berusia empat tahun pula hanya boleh tidur nyenyak jika ibu atau ayahnya
bercerita. Semua merupakan tabiat yang telah dibentuk melalui cara -cara yang
diamalkan berulang -ulang kali oleh ibu bapanya.
Tabiat makan
Tabiat
makan yang betul juga mudah dipupuk. Peraturan makan yang diperkenalkan sejak
anak -anak masih kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa.
Misalnya, tabiat menggunakan sudu dan garpu, membasuh tangan setiap kali
sebelum makan , minum air
hanya selepas selesai makan dan sebagainya.
Kanak
-kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin tidak akan
menggemarinya apabila dia besar. Makan bersama -sama keluarga dan berdoa
sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan. Kemesraan diwaktu makan
mendatangkan selera di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Sebaliknya, anak yang sentiasa dileteri dan dimarahi kerana tidak mahu makan
atau tidak menghabiskan makanan dalam pinggannya akan berasa bahawa waktu makan
adalah suatu waktu yang membosankan.
Anak
-anak sering mencontohi perbuatan atau perkara -perkara yang diamalkan oleh ibu
bapa mereka. Jadi, tidaklah menghairankan jika mereka turut menggemari makanan
yang digemari oleh ibu bapa mereka. makanan yang disediakan di rumah juga
mempergaruhi tabiat makan anak -anak. Jika buah -buahan seperti oren, epal,
pisang, betik, atau tembikai sering dihidangkan setiap kali selepas makan,
amalan baik akan menjadi satu tabiat.
Tabiat menjerit
Kanak
-kanak sering terikut -ikut dengan tingkah laku dan bahasa yang digunakan oleh
orang -orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak -kanak berusia lima tahun
dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan -perkataan yang kurang
manis didengar terhadap adik -adiknya sejak beberapa blan lalu. Sewaktu ibu
bapanya berada di luar negeri, dia telah dijaga oleh ibu saudaranya selama
setahun. Suasana di rumah ibu saudaranya memang riuh. Bahasa yang kurang manis
sering digunakan dan si anak ini akhirnya terikut -ikut menggunakannya.
Ibu bapa
merupakan contoh kepada anak -anak. Jika merka mempunyai sifat murah hati,
pelembut, bersopan -santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka
membaca, amalan -amalan ini akan mudah diterap oleh anak -anak. Sebaliknya,
jika ibu bapa mempunyai sikap suka bergaduh, pembengis, suka memukul -mukul
anak dan sebagainya, ciri -ciri negatif inilah yang mungkin akan diterapi oleh
anak -anak
Tabiat mencuri
Kanak
-kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik
orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu
yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan
itu salah. Biasanya, tabiat ini akan ditinggalkan apabila pemikirannya semakin
matang.Tetapi, adakalanya tabiat mencuri dikalangan kanak -kanak ini wujud
akibat daripada perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau bosan.
Satu contoh ialah seorang kanak -kanak berusia enam tahun yang selalu mengambil
barang kawan -kawan di kelasnya seperti pensil, pembaris, kotak pensil warna
dan sebagainya sejak tiga bulan yang lalu. Ini amat merisaukan ibu bapanya lebih
-lebih lagi memandangkan bahawa keluarga ini dari golongan yang berada dan
serba berkemampuan. Mereka amat malu dengan tabiat si anak. Dari penilaian yang
dibuat, saya mendapati bahawa kanak -kanak ini sihat dan cerdik orangnya,
tetapi agak sensitif dan berperangai manja. Saya tertarik dengan dinamik
keluarga ini sememangnya rapat. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, si
ayah amat sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk bermesra dengan
ketiga -tiga anaknya. Si ibu juga sibuk dengan aktiviti -aktivitinya sendiri
dan tidak menyedari bahawa anak -anaknya berasa kurang selesa kerana tidak
mendapat perhatian ibu bapa.
Kedua
-dua ibu bapa ini telah diberi tunjuk ajar tentang teknik -teknik
pengubahsuaian tingkah laku yang sesuai dan mereka juga telah mengambil langkah
-langkah untuk memenuhi keperluan
emosi anak mereka. Dalam tempoh sebulan selepas itu, tabiat mencuri yang diamalkan oleh si anak pun
hilang.
Tabiat di kalangan kanak -kanak yang mempunyai masalah perkembangan
Kanak
-kanak buta sering bermain -main dengan tangannya seolah -olah mahu mencocok
matanya. Dia gemar membaling barang -barang didalam genggamannya. Kanak -kanak
pekak pula sering mengangguk -angguk kepalanya. Tabiat -tabiat ini wujud ekoran
daripada kekurangan atau ketiadaan stimulasi. Cara interaksi yang sesuai boleh
mengurangkan tabiat -tabiat yang diamalkan oleh kanak -kanak buta dan pekak
ini.
Tabiat
mengangguk -angguk kepala dan badan sering dipamerkan oleh kanak -kanak
terencat akal.
Kanak
-kanak autistik pula tidak boleh menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan
orang lain. Dia sering bermainseorang diri dan mempamerkan tabiat -tabiat
seperti menepuk -nepuk tangan, bergolek -golek di atas lantai atau asyik
bermain dengan benda -benda yang terdapat di sekelilingnya.
Tabiat sukar bernafas
Ada
sesetengah kanak -kanak yang kelihatan sukar bernafas sehingga menimbulkan
kebimbangan di pihak ibu bapa
kalau -kalau si anak itu menghidap penyakit lelah ataupun kurang sihat. Masalah
seperti ini memerlukan penilaian doktor untuk mengenal pasti sama ada wujud
sesuatu penyakit organik atau tidak. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan
kanak -kanak yang sering berasa cemas dan resah. Berikut ialah contoh kes yang
pernah ditemui.
KES
Muhammad
yang berusia tujuh tahun kelihatan sukar sekali bernafas.Dia sering kelihatan
menarik nafas panjang. Dia
memberitahu sayabahawa dia sering berasa letih, sukar menarik nafas dan sesak
dada.Pemeriksaan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kelainan
fizikal. Prestasi inteleknya juga didapati memuaskan. Apa yang menarik perhatiansaya ialah
walaupun dia selalu menarik nafas panjang, ini tidak puladilakukan apabila dia
sedang menulis apa yang saya sebutkan. Apabiladitinjau latar belakangnya dengan
lebih terperinci, saya diberitahubahawa dia sekeluarga baru berpindah balik
ketanah air selepas beradadiluar negeri selama beberapa tahun. Dalam proses menyesuaikan
dirinyadenagn keadaan baru, sianak sering dilanda perasaan resah sehinggatimbul
tabiat sukar bernafas.
Suasana
persekolahan ditanah air amat berbeza sekali dengan suasana di luar negeri.
Kanak-kanak yang membesar didalam persekitaran,asing ini lebih fasih berbahasa
Inggeris. Apabila kembali ketanah air,dia menghadapi kesukaran mengikuti
pelajaran disekolah yangmenggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
keranatahap kefahaman bahasa ibundanya amat rendah berbanding denganmurid-murid
lain.
Saya
menerangkan kepada Muhammad dan ibu bapanya bahawa diasebenarnya memang sihat
dan keadaan yang dialaminya akan hilangsecara beransur-ansur. Apa yang diperlukan olehnya ialah
bimbingandan sokongan agar dia dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan
baru.Beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan dirinya telahdiaturkan dan
dalam masa beberapa minggu sahaja, dia kelihatanlebih riang dan tidak lagi
mengadu sukar bernafas.
KES
Idris yang berusia dua tahun dibawa ke kelinik kerana dikhuatirimenghidap
sawan. Dia sering mendapat
kejang kaki dan tanganapabila menangis kuat. Masalah ini bermula sejak dia berusia
11/2tahun dan berlaku apabila sesuatu kehendaknya tidak diturutkan.Episod ini
berlaku hampir setiap
hari. Umpamanya, jika
ibunya tidakmembawanya bersama apabila keluar kemana-mana, dia akan
menangis sekuat-kuat hati,
menahan nafasnya sehingga mukanya kebiruandan kakinya seolah-olah kejang. Setelah berhenti menangis, air
mukanyakembali seperti biasa. Ini
sangat membimbangkan ibu bapanyasehingga setiap kemahuan sianak
diturutkan.Keadaan seperti ini memang sering berlaku dikalangan
kanak-kanak.Adakalanya, ia menyerupai sawan. Oleh itu, penilaian doktor
amatlahdiperlukan. Tabiat
ini lazimnya akan hilang apabila usia kanak-kanak meningkat.
Tabiat menahan nafas
Kadangkala,
terdapat kanak -kanak yang berusia dalam lingkungan 1 - 3 tahun yang
mengamalkan tabiat manahan nafas atau breath -holding spell. Jika sesuatu
kehendaknya tidak diturutkan atau jika dia kesakitan akibat terjatuh, dia akan
menangis berpanjangan sehingga biru wajahnya. Apabila dia menarik nafas dan
berhenti menangis, air mukannya kembalinya kembali cerah semula.
Kesimpulan
Kebanyakan
tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil akan hilang apabila mereka
meningkat dewasa. Tetapi, dalam sesetengah kes, tabiat -tabiat ini berlanjutan.
Ibu bapa harus cuba memahami bahawa tabiat ini adalah perkara lazim dan mereka
tidak perlu berasa khuatir. Sebaliknya, mereka haruslah mencari punca -punca
yang menyebabkan mengapa sesuatu tabiat itu sukardikikis. Nasihat pakar
diperoleh untuk mencari jalan mengatasinya.