Tuesday, 20 March 2012

hye guys!  welcome to my blog...


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah ke blog saya, di sini saya mula mengorak langkah untuk berkongsi pengalaman dan tip-tip penjagaan bayi yang betul disamping memudahkan tugas ibubapa dalam menjaga bayi yang baru lahir...so kepada semua bakal parent jgn mudah panic bila anak-anak kerap menangis mesti ada something y diorang nak atau maybe rasa x selesa di sebabkan rasa panas,dorng kencing or buang air besar....kemungkinan jgk mereka lapar.

pengalaman menjadi baby sitter sudah cukup menyentuh naluri keibuan saya, bukan semua wanita suka menjaga dan melayan kerenah kanak-kanak kerana kesabaran yang tinggi perlu diterapkan dalam jiwa seorang wanita agar sabar dan berlembut hati dengan keletah kanak-kanak yang kadang-kadang menguji kesabaran kita. Penglaman menjadikan saya mulai serasi dengan dunia mereka yang penuh dengan warna-warni. ketenagan mula menerpa ke dalam jiwa saat terpandang wajah si kecil yang manja dan penuh pengharapan yang hanya mengharapkan orang dewasa memenuhi segala keperluan mereka. Esak tangis si kecil mengharapkan orang tua mereka memberi sedikit perhatian kadang kala hanya ingin bermanja setelah seharian suntuk di tinggalkan dibawah jagaan pengasuh.

Apa yang perlu dilakukan oleh para ibubapa adalah dengan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak selain jangan mudah rimas dan mengeluh dengan pertanyaan anak-anak even dalam keadaan penat kerana itu merupakan salah satu pendekatan untuk kita mendalami perasaan mereka dalam kata lain mencungkil rahsia mereka. sesekali galakkan anak-anak anda untuk bercerita walaupun hanya perkara kecil...















see you soon with an interesting tips...

No comments:

Post a Comment