Saturday 12 May 2012


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK







Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.
Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini.


Pelbagai pendekatan yang berkesan digunakan untuk memastikan kanak-kanak berupaya untuk membaca dan menulis. Penggunaan kad imbas merupakan cara yang efektif untuk mempercepatkan proces mengenali abjad dan huruf dengan  mempamerkan gambar beserta tulisan yang besar dalam usaha untuk menggalakkan pelajar  menyebut perkataan dengan nada yang kuat besama-sama rakan-rakan mereka, Gaya pembelajaran sebegini mampu menguatkan ingatan kanak-kanak tersebut pada tempoh yang lebih lama berbanding penggunaan buku semata-mata.


Disamping itu juga, kementerian pelajaran mahupun badan NGO berusaha meningkatkan taraf pendidikan kanak-kanak seawal usia 3 tahun dengan memperkenalkan sukatan pelajaran bagi kemudahan para guru bagi sesi pembelajaran yang lebih efisyen. Untuk pengatahuan para pembaca yang budiman keluarga kami telah mengusahakan pusat jagaan kanak-kanak dengan penyediaan frasarana  yang lengkap bertujuan untuk proses pembelajaran dan aktiviti kreatif bagi kanak-kanak untuk  menigkatkan gaya kreativiti kanak-kanak tersebut.


Taska kami dikenali sebagai Taska al- Walid,  pusat kami telah beroperasi seawal tahun 2005, kami telah menggunakan buku "Bacalah Anakku" sebagai sukatan pendidikan yang dilihat berkesan, ini di buktikan apabila ramai kanak-kanak dibawah seliaan kami mampu membaca dan menulis dengan cepat setelah kaedah ini di perkenalkan kepada mereaka. Kaedah ini memberi penekanan dalam memperkenalkan bunyi huruf kepada para pelajar iaitu  secara   fonetik. kaedah ini menggalakkan pelajar untuk belajar oleh kerana setiap bunyi huruf mempunyai lagu fonatik yang menarik ia mempercepatkan minda kanak-kanak  untuk mengingati apa yang mereka belajar di didalam kelas.






Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak kita selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.


Sunday 6 May 2012


TABIAT DI KALANGAN KANAK -KANAK
tabiat Dikalangan Kanak-kanak
E-mailPrintPDF  bersama DR HAMID ARSHAT-pakar sakit puan


Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan  seseorang itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah. Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.
Tabiat yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal dan bersenam setiap pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.
Kanak -kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah. Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.



Seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya mungkin tidak menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak menghirau kan sangat tabiatnya itu. Sebaliknya, seorang kanak -kanak lain yang mengamalkan tabiat yang serupa mungkin akan mendapat teguran daripada ibu bapa dan adik-beradiknya.  Dia mungkin juga ditengking, diejek, didenda atau dipukul.  Ini sudah pasti akan menimbulkan suasanan tegang dalam kehidupan seharian keluarga tersebut.
Asas tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau rasa kurang selesa. Kanak-kanak yang terlibat juga mungkin selama ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan orang dikelilingnya.  Melalui amalan menghisap jari ini, dia mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi tingkah lakunya.  Ini menggembirakannya dan dia terus mengamalkan tabiat tersebut.  Kemungkinan juga kanak-kanak yang menghisap jari ini terikut-ikut tabiat kanak-kanak lain.  Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan akan hilang denagn sendiri tanpa terapi.


Satu lagi contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak -kanak berusia tujuh tahun yang berada di dalam darjah satu. Tabiat ini timbul akibat daripada rasa kurang yakin pada diri sendiri dan rasa takut kepada gurunya. Menengking atau memukulnya mungkin tidak akan memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang yakin dan takut kanak -kanak itu perlu diketahui dan langkah sewajarnya diambil. Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat diatasinya. Ada ibu bapa yang terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka dan ada pula yang mengambil sikap sambil lewa shaja. Tabiat -tabiat seperti mengeyit -ngeyit mata, menghisap jari, menggeleng -geleng kepala dan mengorek lubang hidung lazimnya tidak akan berterusan selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat memberi perhatian kepada tabiat buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan. Kanak -kanak yang sering diperingatkan mungkin akan terus mengamalkan tabiat itu. Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi anak terhadap perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas terbitnya  sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan kekal dan menjadi sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.

Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak -kanak
Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.


 Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya.
Kadangkala, tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar dan sesuai lagi bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima tahun yang menunjukkan sikap panas baran. Jika kemahuannya tidak diturutkan, dia akan menjerit -jerit, menendang -nendang dan memukul -mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya sudah lebih matang perkembangan emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak seharusnya membiarkan tabiat anak mereka berterusan sedemikian. Ada eloknya mereka mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan kaedah keibubapaan yang efektif dapat digunakan.
Satu contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh berenggang dengan ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah boleh ditingkalkan dibawah jagaan pengasuh di pusat tadika. Jika dia masih bertabiat sedemikian, ini akan merumitkan keadaan kelak terutamanya apabila dia mula memasuki alam persekolahan. Kanak -kanak yang berusia 1 1/2 - 2 tahun lazimnya memang mahukan ibunya sentiasa berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari kecil lagi supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga tuhun.
Lain -lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh menimbolkan masalah kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit kuku, menjerit -jerit, menarik -narik rambut, gagap, menipu, mencuri, berkelakuan ganas, suka berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat -tabiat ini perlu difahami bagi mengatasi masalah -masalah yang timbul dengan berkesan.
Tabiat tidur  


Ada sesetengah tabiat itu boleh terbentuk dari peringkat bayi lagi. Ini seringkali tidak disedari oleh ibu bapa. Umpamanya, bayi berusia setahun yang dibawa oleh ibunya berjumpa saya kerana dikatakan sering terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, seseorang bayi tidak lagi berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Apabila disiasat dengan lebih mendalam, jelaslah bahawa bayi tersebut secara tidak langsung telah dilatih oleh ibunya menyusu malam. Setiap kali dia menangis malam ibunya akan memberinya susu botol.


Amalan ini telah bermula sejak usianya dua bulan sehinggaakhirnya menjadi satu tabiat. Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat. Saya menegaskan kepada si ibu supaya tidak memberikan anaknya susu botol  setiap kali si anak terjaga pada malam hari. Sebaliknya, dia dinasihatkan agar menepuk -nepuk badan anaknya untuk menidurkannya kembali. selang beberapa hari selepas itu, ibu tersebut memberitahu saya bahawa bayinya mula tidur malam tanpa menyusu botol lagi.
Jika bayi menangis pada waktu malam, si ibu hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk -nepuk badan atau membuai -buainya. dia perlu dilatih supaya mudah melelapkan mata. Apa yang kadang kala dilakukan oleh ibu bapa apabila bayi menangis ialah memasang lampu, menimang -nimag bayi sambil mendodoikannya, membawa dia berjalan -jalan keluar bilik dan sebagainya untuk mententeramkannya. Ini sudah tentu akan digemari oleh bayi dan akhirnya menangis diwaktu malam menjadi satu tabiat.
Dalam satu lagi kes, seorang ayah mengeluh bahawa anak lelakinya yang berusia lapan tahun masih tidur malam bersama -samanya. Dia telah cuba menggalakkan anaknya supaya tidur bersendirian tetapi gagal : si anak tetap akan kembali semula ke bilik ibu bapanya. Sebenarnya, sejak diperingkat bayi lagi kanak -kanak itu sering dibawa tidur bersama ibu bapanya setiap kali dia menangis. Dia pun terlalu di manjakan sangat oleh ibunya. Apabila bapanya melarang dia tidur bersama, dia akan menangis lalu si ibu akan memujuk dan menurutkan sahaja kehendaknya.
Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. contohnya, seorang bayi dikatakan hanya boleh tidur apabila dibaringkan di hadapan peti televisyen yang terpasang. Setelah dia lelap, barulah dia dipindahkan keatas tempat tidur. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun pula hanya boleh tidur nyenyak jika ibu atau ayahnya bercerita. Semua merupakan tabiat yang telah dibentuk melalui cara -cara yang diamalkan berulang -ulang kali oleh ibu bapanya.
Tabiat makan 

Tabiat makan yang betul juga mudah dipupuk. Peraturan makan yang diperkenalkan sejak anak -anak masih kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat menggunakan sudu dan garpu, membasuh tangan setiap kali sebelum makan  , minum air hanya selepas selesai makan dan sebagainya.

Kanak -kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin tidak akan menggemarinya apabila dia besar. Makan bersama -sama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan. Kemesraan diwaktu makan mendatangkan selera di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sebaliknya, anak yang sentiasa dileteri dan dimarahi kerana tidak mahu makan atau tidak menghabiskan makanan dalam pinggannya akan berasa bahawa waktu makan adalah suatu waktu yang membosankan.
Anak -anak sering mencontohi perbuatan atau perkara -perkara yang diamalkan oleh ibu bapa mereka. Jadi, tidaklah menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari oleh ibu bapa mereka. makanan yang disediakan di rumah juga mempergaruhi tabiat makan anak -anak. Jika buah -buahan seperti oren, epal, pisang, betik, atau tembikai sering dihidangkan setiap kali selepas makan, amalan baik akan menjadi satu tabiat.

Tabiat menjerit 
Kanak -kanak sering terikut -ikut dengan tingkah laku dan bahasa yang digunakan oleh orang -orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak -kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan -perkataan yang kurang manis didengar terhadap adik -adiknya sejak beberapa blan lalu. Sewaktu ibu bapanya berada di luar negeri, dia telah dijaga oleh ibu saudaranya selama setahun. Suasana di rumah ibu saudaranya memang riuh. Bahasa yang kurang manis sering digunakan dan si anak ini akhirnya terikut -ikut menggunakannya.
Ibu bapa merupakan contoh kepada anak -anak. Jika merka mempunyai sifat murah hati, pelembut, bersopan -santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan -amalan ini akan mudah diterap oleh anak -anak. Sebaliknya, jika ibu bapa mempunyai sikap suka bergaduh, pembengis, suka memukul -mukul anak dan sebagainya, ciri -ciri negatif inilah yang mungkin akan diterapi oleh anak -anak 
Tabiat mencuri 
Kanak -kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan itu salah. Biasanya, tabiat ini akan ditinggalkan apabila pemikirannya semakin matang.Tetapi, adakalanya tabiat mencuri dikalangan kanak -kanak ini wujud akibat daripada perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau bosan. Satu contoh ialah seorang kanak -kanak berusia enam tahun yang selalu mengambil barang kawan -kawan di kelasnya seperti pensil, pembaris, kotak pensil warna dan sebagainya sejak tiga bulan yang lalu. Ini amat merisaukan ibu bapanya lebih -lebih lagi memandangkan bahawa keluarga ini dari golongan yang berada dan serba berkemampuan. Mereka amat malu dengan tabiat si anak. Dari penilaian yang dibuat, saya mendapati bahawa kanak -kanak ini sihat dan cerdik orangnya, tetapi agak sensitif dan berperangai manja. Saya tertarik dengan dinamik keluarga ini sememangnya rapat. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, si ayah amat sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk bermesra dengan ketiga -tiga anaknya. Si ibu juga sibuk dengan aktiviti -aktivitinya sendiri dan tidak menyedari bahawa anak -anaknya berasa kurang selesa kerana tidak mendapat perhatian ibu bapa.
Kedua -dua ibu bapa ini telah diberi tunjuk ajar tentang teknik -teknik pengubahsuaian tingkah laku yang sesuai dan mereka juga telah mengambil langkah -langkah untuk memenuhi  keperluan emosi anak mereka. Dalam tempoh sebulan selepas itu, tabiat mencuri  yang diamalkan oleh si anak pun hilang.
Tabiat di kalangan kanak -kanak yang mempunyai masalah perkembangan

Kanak -kanak buta sering bermain -main dengan tangannya seolah -olah mahu mencocok matanya. Dia gemar membaling barang -barang didalam genggamannya. Kanak -kanak pekak pula sering mengangguk -angguk kepalanya. Tabiat -tabiat ini wujud ekoran daripada kekurangan atau ketiadaan stimulasi. Cara interaksi yang sesuai boleh mengurangkan tabiat -tabiat yang diamalkan oleh kanak -kanak buta dan pekak ini.
Tabiat mengangguk -angguk kepala dan badan sering dipamerkan oleh kanak -kanak terencat akal.
Kanak -kanak autistik pula tidak boleh menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan orang lain. Dia sering bermainseorang diri dan mempamerkan tabiat -tabiat seperti menepuk -nepuk tangan, bergolek -golek di atas lantai atau asyik bermain dengan benda -benda yang terdapat di sekelilingnya.
Tabiat sukar bernafas
Ada sesetengah kanak -kanak yang kelihatan sukar bernafas sehingga menimbulkan kebimbangan di pihak ibu  bapa kalau -kalau si anak itu menghidap penyakit lelah ataupun kurang sihat. Masalah seperti ini memerlukan penilaian doktor untuk mengenal pasti sama ada wujud sesuatu penyakit organik atau tidak. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan kanak -kanak yang sering berasa cemas dan resah. Berikut ialah contoh kes yang pernah ditemui.
  KES
Muhammad yang berusia tujuh tahun kelihatan sukar sekali bernafas.Dia sering kelihatan menarik nafas panjang.  Dia memberitahu sayabahawa dia sering berasa letih, sukar menarik nafas dan sesak dada.Pemeriksaan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kelainan fizikal. Prestasi inteleknya juga didapati memuaskan.  Apa yang menarik perhatiansaya ialah walaupun dia selalu menarik nafas panjang, ini tidak puladilakukan apabila dia sedang menulis apa yang saya sebutkan. Apabiladitinjau latar belakangnya dengan lebih terperinci, saya diberitahubahawa dia sekeluarga baru berpindah balik ketanah air selepas beradadiluar negeri selama beberapa tahun.  Dalam proses menyesuaikan dirinyadenagn keadaan baru, sianak sering dilanda perasaan resah sehinggatimbul tabiat sukar bernafas.
Suasana persekolahan ditanah air amat berbeza sekali dengan suasana di luar negeri. Kanak-kanak yang membesar didalam persekitaran,asing ini lebih fasih berbahasa Inggeris. Apabila kembali ketanah air,dia menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran disekolah yangmenggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar keranatahap kefahaman bahasa ibundanya amat rendah berbanding denganmurid-murid lain.
Saya menerangkan kepada Muhammad dan ibu bapanya bahawa diasebenarnya memang sihat dan keadaan yang dialaminya akan hilangsecara beransur-ansur.    Apa yang diperlukan olehnya ialah bimbingandan sokongan agar dia dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru.Beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan dirinya telahdiaturkan dan dalam masa beberapa minggu sahaja, dia kelihatanlebih riang dan tidak lagi mengadu sukar bernafas.
  KES
Idris  yang berusia dua tahun dibawa  ke kelinik kerana dikhuatirimenghidap sawan.  Dia sering mendapat kejang kaki dan tanganapabila menangis kuat.  Masalah ini bermula sejak dia berusia 11/2tahun dan berlaku apabila sesuatu kehendaknya tidak diturutkan.Episod ini berlaku  hampir setiap hari.  Umpamanya, jika ibunya tidakmembawanya bersama apabila keluar kemana-mana, dia akan menangis  sekuat-kuat hati, menahan nafasnya sehingga mukanya kebiruandan kakinya seolah-olah kejang.  Setelah berhenti menangis, air mukanyakembali seperti biasa.  Ini sangat membimbangkan ibu bapanyasehingga setiap kemahuan sianak diturutkan.Keadaan seperti ini memang sering berlaku dikalangan kanak-kanak.Adakalanya, ia menyerupai sawan.  Oleh itu, penilaian doktor amatlahdiperlukan.  Tabiat ini lazimnya akan hilang apabila usia kanak-kanak meningkat.
Tabiat menahan nafas
Kadangkala, terdapat kanak -kanak yang berusia dalam lingkungan 1 - 3 tahun yang mengamalkan tabiat manahan nafas atau breath -holding spell. Jika sesuatu kehendaknya tidak diturutkan atau jika dia kesakitan akibat terjatuh, dia akan menangis berpanjangan sehingga biru wajahnya. Apabila dia menarik nafas dan berhenti menangis, air mukannya kembalinya kembali cerah semula. 
Kesimpulan
Kebanyakan tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil akan hilang apabila mereka meningkat dewasa. Tetapi, dalam sesetengah kes, tabiat -tabiat ini berlanjutan. Ibu bapa harus cuba memahami bahawa tabiat ini adalah perkara lazim dan mereka tidak perlu berasa khuatir. Sebaliknya, mereka haruslah mencari punca -punca yang menyebabkan mengapa sesuatu tabiat itu sukardikikis. Nasihat pakar diperoleh untuk mencari jalan mengatasinya.



Mendidik anak soleh

Setiap orang yang berumahtangga, pasti menginginkan anak, dan setiap ibu bapa yang muslim, pasti ingin agar anaknya menjadi anak yang soleh. Kerana itu setiap pagi, siang, petang dan malam kita selalu berdo’a agar Allah menganugerahi keturunan yang soleh. Namun dalam konsepsi Islam, anak yang soleh itu bukan sekadar menjadi harapan dan meraihnya hanya dengan do’a. Tapi RasuluLlah pernah menegaskan:
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)

Dengan begitu, ibu bapa yang ingin anaknya soleh, seharusnya dialah yang mendidiknya secara langsung. Justeru institusi pendidikan Islam, guru yang mengajarnya mengaji dan sebagainya yang ikut serta mendidik sang anak, itu hanyalah pelengkap, maka ibu bapa tidak boleh merasa kewajibannya mendidik anak telah gugur kerana telah menyekolahkan anaknya di sekolah Islam atau memanggil guru Quran ke rumah. Ini perlu dipertegaskan dan diperingatkan terhadap ramai ibu bapa di luar sana yang berprinsip demikian.


Persoalan lain dalam hal pendidikan anak adalah, banyak ibu bapa yang seolah-olah kehabisan modal dalam menghadapi dan mendidik anak-anaknya. Kerana itu, perlu kita menyemak petunjuk Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya “Tarbiyatul Aulad Fil Islam”. Beliau menyebutkan lima pendekatan dalam mendidik anak.


Pertama, mendidik dengan keteladanan, dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberikan teladan atau contoh yang baik kepada anak-anaknya, ini bererti, kalau ibu bapa ingin anaknya menjadi soleh, ibu bapanyalah yang harus lebih dulu soleh.


Kedua, mendidik anak dengan pembiasaan yang baik, maknanya ibu bapa harus menanamkan kebiasaan-kebiasaan baik kepada anak-anaknya, ibu bapa tidak boleh memakai prinsip, “ah nanti kalau sudah besar mereka tahu mana yang baik dan mana yang tidak.” Mungkin mereka mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, tapi mereka tidak mampu melaksanakan yang baik dan meninggalkan yang tidak baik sekiranya tidak dibiasakan sejak kecil, inilah pentingnya membiasakan hal-hal yang baik kepada anak sejak anak itu kecil.


Ketiga, mendidik dengan mengajarkan ilmu pengetahuan dan dialog tentang berbagai persoalan. Dalam hal ini amat penting ibu bapa mampu menanamkan pengertian kepada anak-anaknya, dan dialog merupakan cara yang paling tepat, apalagi menghadapi anak yang sudah memasuki usia remaja. Namun sayang sekali, kerana kesibukan ibu bapa, justeru suasana berdialog antara anak remaja bersama ibu bapanya jarang tercipta pada keluarga-keluarga kita sekarang ini.

Keempat, mendidik dengan memberikan pengawasan dan nasihat. Dalam era sekarang. pengawasan dari ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat diperlukan, sehingga ibu bapa tahu perkembangan jiwa atau keperibadian anaknya dari masa ke semasa. Kalau ibu bapa tahu perkembangan jiwa anaknya, maka ia tahu nasihat apa yang harus diberikan kepada mereka.

Kelima, mendidik dengan memberikan hukuman. Ini dilakukan bila cara-cara yang lemah lembut tidak membuat si anak berubah ke arah yang lebih baik. Namun menghukum anak tidak selalu dalam bentuk hukuman fizik seperti merotan, tapi lakukanlah dengan cara-cara yang sifatnya edukatif (mendidik), misalnya pada kebiasanya si anak di beri wang saku sekolah RM2.00, tapi kerana si anak bangun tidurnya lewat dan tidak solat subuh, maka wang sakunya dipotong menjadi RM1.00- Setiap ibu bapa tentu lebih arif, hukuman apa yang lebih tepat untuk anak-anaknya.

Saturday 5 May 2012


Pilih Permainan Selamat



Kanak-kanak dan permainan sukar dipisahkan.Mereka membentuk dunia tersendiri dengan permainan mereka. Ada kalanya mereka boleh leka berjam-jam lamanya dalam dunia khayalan ciptaan mereka
.




Ada ibu bapa terlalu teruja membelikan pelbagai barangan permainan untuk si kecil yang baru andai bermain. Anak-anak kecil tentu sahaja seronok dengan permainan yang diberikan tetapi terfikirkah anda, siapa tahu mereka mungkin menjerit kesakitan kerana kemalangan yang tidak di duga. Alat permainan kanak-kanak kadang kala boleh mengundang padah sekiranya tidak berhati-hati memilihnya. Hakikatnya, bukan semua permainan sesuai untuk kanak-kanak.


Terdapat pelbagai barangan permainan yang dijual di 

pasaran sekarang disesuaikan dengan kanak-kanak 

mengikut usia dan jantina. Untuk anak lelaki, kereta 

mainan dan blok binaan mungkin sesuai bagi mereka 

manakala anak patung pula sesuai untuk anak perempuan.





Namun, anda perlu bijak memilih permainan untuk 



mengelakkan kecederaan yang tidak diduga. Permainan itu 

mungkin kelihatan cantik tetapi tidak sesuai dengan tahap 

usia dan perkembangan mereka.








Tip Pilih Permainan




1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.



2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.

3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.




4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.



5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak 

tercekik.

6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.


Friday 4 May 2012




5 Langkah Tabiat Makan Anak


  


Kanak-kanak amat cenderung meniru perbuatan orang dewasa.
Kecenderungan ini adalah satu peluang baik bagi ibu bapa 

membentuk tabiat makan yang sihat di kalangan anak-anak.
Sebab itu, adalah penting ibu bapa juga memberi contoh yang baik 

kepada anak, bukan sahaja daripada segi kata-kata dan 

berbuatan, tetapi juga amalan dan tabiat makan.




Jika mahu anak-anak dibentuk dengan tabiat makan yang sihat, 

maka anda perlu menjadi role model. Jangan pula menyuruh anak 

makan sayur-sayuran dan ikan, tetapi anda mengunyah kentang 

goreng serta menyedut minuman berkarbonat yang bergula. 

Perbuatan sebegitu tidak akan berjaya membentuk tabiat anak-

anak.  Ada beberapa langkah yang boleh diikuti untuk membentuk 

tabiat  makan yang sihat di kalangan ahli keluarga yang masih 

kecil. 

Antaranya:

1. Makan bersama. Waktu sarapan pagi dan 

makan malam adalah peluang yang baik. 

Tempoh singkat ini boleh mengeratkan 

hubungan keluarga di samping menikmati 

makanan enak dan sihat. Cuma pastikan makanan yang disediakan 

adalah yang sihat.
2. Lebih kerap masak sendiri di rumah. Makanan yang disediakan 

sendiri lebih bersih dan sihat untuk seluruh ahli keluarga. Amalan 

ini juga adalah satu contoh yang baik untuk anak-anak. Makanan 

yang disediakan di restoran lazimnya mengandungi lebih banyak 

lemak, gula dan garam. Sungguhpun begitu, tidak salah sekali-

sekala makan di luar, terutama jika meraikan hari-hari istimewa.




3. Libat anak-anak semasa membeli-belah dan penyediaan 

makanan. Dengan cara itu, anda boleh mendidik mereka mengenai 

nilai nutrisi dan bagaimana membaca label di bungkusan makanan.


4. Sediakan pelbagai makanan berkhasiat. Sama ada di dalam peti 

sejuk atau di dapur, simpan buah-buahan, sayur-sayuran, snek-

snek yang baik untuk kesihatan, minuman sihat (air mineral, susu, 

teh herba, jus buah-buahan dan lain-lain), atau makanan-makanan 

lain yang sihat untuk anak-anak. Ini untuk memudahkan mereka 

mencapai makanan yang baik apabila terasa lapar.


5. Beri kebebasan kepada anak-anak untuk memilih. Jika anak-

anak tidak dapat menghabiskan makanan mereka, janganlah 

dipaksa. Lebih buruk jika anda gunakan makanan sebagai 

ganjaran atau 'rasuah'. Jika mereka tidak gemar makan yang sihat, 

anda perlu lebih kreatif dalam menyediakannya agar anak-anak 

tertarik mencubanya.