Friday 4 May 2012




5 Langkah Tabiat Makan Anak


  


Kanak-kanak amat cenderung meniru perbuatan orang dewasa.
Kecenderungan ini adalah satu peluang baik bagi ibu bapa 

membentuk tabiat makan yang sihat di kalangan anak-anak.
Sebab itu, adalah penting ibu bapa juga memberi contoh yang baik 

kepada anak, bukan sahaja daripada segi kata-kata dan 

berbuatan, tetapi juga amalan dan tabiat makan.




Jika mahu anak-anak dibentuk dengan tabiat makan yang sihat, 

maka anda perlu menjadi role model. Jangan pula menyuruh anak 

makan sayur-sayuran dan ikan, tetapi anda mengunyah kentang 

goreng serta menyedut minuman berkarbonat yang bergula. 

Perbuatan sebegitu tidak akan berjaya membentuk tabiat anak-

anak.  Ada beberapa langkah yang boleh diikuti untuk membentuk 

tabiat  makan yang sihat di kalangan ahli keluarga yang masih 

kecil. 

Antaranya:

1. Makan bersama. Waktu sarapan pagi dan 

makan malam adalah peluang yang baik. 

Tempoh singkat ini boleh mengeratkan 

hubungan keluarga di samping menikmati 

makanan enak dan sihat. Cuma pastikan makanan yang disediakan 

adalah yang sihat.
2. Lebih kerap masak sendiri di rumah. Makanan yang disediakan 

sendiri lebih bersih dan sihat untuk seluruh ahli keluarga. Amalan 

ini juga adalah satu contoh yang baik untuk anak-anak. Makanan 

yang disediakan di restoran lazimnya mengandungi lebih banyak 

lemak, gula dan garam. Sungguhpun begitu, tidak salah sekali-

sekala makan di luar, terutama jika meraikan hari-hari istimewa.




3. Libat anak-anak semasa membeli-belah dan penyediaan 

makanan. Dengan cara itu, anda boleh mendidik mereka mengenai 

nilai nutrisi dan bagaimana membaca label di bungkusan makanan.


4. Sediakan pelbagai makanan berkhasiat. Sama ada di dalam peti 

sejuk atau di dapur, simpan buah-buahan, sayur-sayuran, snek-

snek yang baik untuk kesihatan, minuman sihat (air mineral, susu, 

teh herba, jus buah-buahan dan lain-lain), atau makanan-makanan 

lain yang sihat untuk anak-anak. Ini untuk memudahkan mereka 

mencapai makanan yang baik apabila terasa lapar.


5. Beri kebebasan kepada anak-anak untuk memilih. Jika anak-

anak tidak dapat menghabiskan makanan mereka, janganlah 

dipaksa. Lebih buruk jika anda gunakan makanan sebagai 

ganjaran atau 'rasuah'. Jika mereka tidak gemar makan yang sihat, 

anda perlu lebih kreatif dalam menyediakannya agar anak-anak 

tertarik mencubanya.



No comments:

Post a Comment