Saturday 5 May 2012


Pilih Permainan Selamat



Kanak-kanak dan permainan sukar dipisahkan.Mereka membentuk dunia tersendiri dengan permainan mereka. Ada kalanya mereka boleh leka berjam-jam lamanya dalam dunia khayalan ciptaan mereka
.




Ada ibu bapa terlalu teruja membelikan pelbagai barangan permainan untuk si kecil yang baru andai bermain. Anak-anak kecil tentu sahaja seronok dengan permainan yang diberikan tetapi terfikirkah anda, siapa tahu mereka mungkin menjerit kesakitan kerana kemalangan yang tidak di duga. Alat permainan kanak-kanak kadang kala boleh mengundang padah sekiranya tidak berhati-hati memilihnya. Hakikatnya, bukan semua permainan sesuai untuk kanak-kanak.


Terdapat pelbagai barangan permainan yang dijual di 

pasaran sekarang disesuaikan dengan kanak-kanak 

mengikut usia dan jantina. Untuk anak lelaki, kereta 

mainan dan blok binaan mungkin sesuai bagi mereka 

manakala anak patung pula sesuai untuk anak perempuan.





Namun, anda perlu bijak memilih permainan untuk 



mengelakkan kecederaan yang tidak diduga. Permainan itu 

mungkin kelihatan cantik tetapi tidak sesuai dengan tahap 

usia dan perkembangan mereka.








Tip Pilih Permainan




1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.



2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.

3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.




4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.



5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak 

tercekik.

6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.


No comments:

Post a Comment